Friday, August 11, 2017

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2017

6 Julai 2017 (Khamis) – Majlis ini telah diadakan pada 16 Julai yang lalu. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga sekolah. Buat julung pertama kalinya majlis yang diadakan adalah gabungan sekolah dan asrama.Kemeriahannya amat dirasai dan objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah.Tahniah buat STenSC yang berjaya mengadakan majlis ini dengan jayanya.
Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkan di dalam Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diadakan di sekolah yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid.

No comments:

Post a Comment