Tuesday, May 23, 2017

Pelajar cemerlang SPM, STPM Terengganu dirai

CEMERLANG. Seramai 22 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana, Setiu, Terengganu dirai dalam satu majlis baru-baru ini.

Pada majlis itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Saujana menyumbang sebanyak RM150 kepada setiap
pelajar terbabit menerusi Penolong Pegawai Pelajaran (Pengurusan Sekolah Menengah) Pejabat Pelajaran daerah, Mohd Azmi Nazir yang mewakili Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafiee.

Pengetua SMK Saujana, Wan Mariah Wan Ahmad, pihaknya meraikan setiap pelajar cemerlang itu sebagai menghargai komitmen mereka yang selama ini memberi perhatian setiap masa terhadap pelajaran mereka.



No comments:

Post a Comment